BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Daisypath Anniversary Tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday Tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Pentingnya Menjaga Kebersihan






Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Swt dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, termasuk menjaga kebersihan diri, keluarga, masyarakat, negara dan persekitaran. Semoga kita berjaya dan beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

Kebersihan merupakan amalan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan seharian, samada kebersihan rohani atau jasmani. Kedua-dua perkara ini tidak boleh dipisahkan sekiranya kita ingin mendapat kejayaan dan keselesaan, kerana kebersihan melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah Swt. Rasulullah Saw bersabda :

Bermaksud : " Kebersihan itu Sebahagian Daripada Iman ".

Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang melibatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara, kerana ia boleh mendatangkan suasana yang tenang, kesihatan yang selamat dan mencapai kesejahteraan kepada kita semua.

Sebagaimana hamba Allah kita hendaklah mengabdikan diri kepadaNya dengan mengerjakan perkara yang tidak bercanggah dan mendatangkan kemudaratan. Kita hendaklah membersihkan diri dari mensyirikkan Allah, dari kekufuran dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa. Setiap amalan baik dan bersih dari segi rohani atau jasmani di sukai Allah, kerana Allah sentiasa menyukai hambaNya yang sentiasa mensucikan diri. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 222 :

Bermaksud : " SesungguhNya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri ".

Amalan kebersihan hendaklah di jadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita. Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan ini dan memberi keutamaan supaya menjaga kebersihan diri sendiri, tempat tinggal, tempat ibadat, tempat-tempat awam, tempat makan seperti restoran dan sebagainya. Islam menggalakkan umatnya membersihkan diri sebelum melakukan tuntutan kewajipan lain-lain. Misalnya terlebih dahulu seseorang yang hendak mendirikan solat hendaklah memastikan diri, pakaian dan tempat solatnya bersih dan terhindar dari segala najis.

Kita hendaklah peka dan bertanggungjawab untuk menjadikan tempat-tempat ibadat seperti masjid, surau atau musolla sentiasa dalam keadaan bersih. Begitu juga dengan segala kemudahan yang di sediakan seperti tandas atau bilik air dan lain-lain hendaklah di jaga supaya sentiasa baik, kelihatan bersih, tidak pula di rosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Oleh kerana masjid atau surau merupakan tempat mendirikan sembahyang, perlu di jaga dan tidak dicemari bau busuk sebagaimana sabda Rasulullah Saw yang bermaksud :

" Bahawasanya masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis dan kekotoran, kerana ia adalah tempat untuk berzikir kepada Allah Swt dan membaca Al-quran ".

(Hadis riwayat Muslim)


Mengabaikan kebersihan akan menyebabkan tersebarnya pelbagai penyakit seperti kolera, cirit-birit, denggi, keracunan makanan dan sebagainya. Seterusnya menyumbang kepada suasana alam sekitar yang tidak sihat.

Selain dari menjaga kebersihan yang disebutkan tadi, kita di galakkan untuk menjaga kebersihan alam sekitar dari pencemaran dan kemusnahan, berusaha menjadikan alam sekitar berada dalam keadaan bersih sepanjang masa di samping mengekalkan keindahan alam semulajadi di negara kita untuk menarik minat orang ramai dan pelancong.

Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan menarik, perkara-perkara berikut perlulah kita hayati bersama, iaitu :

Pertama : Kita hendaklah mempertingkatkan kesedaran terhadap kebersihan diri, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam sebagai cermin kemurnian ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan dalam semua bidang kehidupan.

Kedua : Setiap individu dari semua kalangan sama-sama memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata-rata tempat.

Ketiga : Kita sama-sama mendisiplinkan diri bagi menjaga imej Islam yang sukakan kebersihan dengan melahirkan persekitaran yang sejahtera dan selesa.

Keempat : Mempertingkatkan amalan tegur-menegur dan nasihat-menasihati sesama kita dalam hal menjaga kebersihan. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran, di samping memastikan tidak merebak penyakit berjangkit.

Kelima : Menggunakan kemudahan yang di sediakan dengan sebaik mungkin seperti tong sampah, tong kitar semula dan tempat pembuangan sampah tanpa membiarkan sampah sarap dan kekotoran bertabur merata-rata.


Suatu amalan yang menjadi kebanggaan masyarakat kita ketika dahulu dan jarang-jarang di lakukan ketika ini, malah sudah semakin terhapus adalah semangat gotong-royong. Alangkah baiknya di hidupkan kembali aktiviti ini di mana-mana. Sama-sama bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah, tempat ibadat, tempat riadah juga tempat-tempat awam. Jangan semata-mata mengharapkan pihak berkuasa tempatan atau pekerja-pekerja terlibat sahaja melakukannya. Kita juga dapat memainkan peranan dan ikutan serta bekerjasama menjalankan amalan ini.

Selain dari itu, amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita dan masyarakat amnya. Ini bertepatan dengan roh Islam seperti firman Allah Swt di dalam Surah Al-Maa'idah ayat 2 yang bermaksud :

" Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan melakukan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan ".

Semangat gotong-royong dan bekerjasama perlu wujud dalam budaya kita semua, malah menjadi sebahagian dari kehidupan di mana sahaja kita berada. Semangat ini hendaklah di suburkan. Kesedaran menjaga kebersihan boleh menjamin diri, masyarakat dan negara beroleh kesejahteraan dan kemakmuran.

Keperihatinan dan langkah kerajaan menganjurkan kempen kebersihan memberi ruang kepada semua pihak untuk membantunya dalam menjayakan kempen ini. Kesempatan ini janganlah di abaikan atau di biar begitu sahaja. Semua pihak hendaklah bekerjasama dan memainkan peranan. Masjid dan surau di seluruh negeri Selangor hendaklah mengambil langkah sewajarnya dengan melipatgandakan penjagaan kebersihan samada tandas, bilik air, ruang solat dan sebagainya, sesuai dengan hadis yang dibacakan tadi.



Wassalam.

Thursday, May 19, 2011

Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya.

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak
dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk
memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu
terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika
bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."




Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala
yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun
ia benar.

Wassalam.

Saturday, April 30, 2011

Anda Semakin Matang Bila....



alt
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Wassalam....

Thursday, March 17, 2011

Inspirasi Si kecil Bernama Semut



alt
Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?
Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?
Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.
Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.
Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.
Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.
SubhanAllah, Indahnya ciptaan Ilahi :)
Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.
Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.
Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."
Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."
Hebatkan si kecil bernama semut?
Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.
Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.
Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.
Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.
p/s~ Usaha Tangga Kejayaan... =)

Wednesday, March 16, 2011

Peringatan Diri Ini & Bersama :)



Kehidupan adlh anugerah utama Ilahi..Anugerah kehidupan mberi gambaran kbesaranNya buat kiter manusia..yg wajib kiter syukuri n hargai...Internet adlh kmudahan buat umat manusia. Justeru i2 manfaatkn ia utk ksjahtraan diri kiter n umat sejagat..sentiasalah kiter b'ingat..aper yg kiter lakukn..akn dpertanggungjawabkn di kmudian hari..Gunakan sebaik2nyer kurniaan Allah SWT kpd kiter..halalkn kgunaan akal, hati n lidah pd prkara yg bakal mbawa kcemerlangan diri kiter dunia n akhirat..skali 'pergi' xkan kmbali..buat baik bpada2..buat jahat 'JANGAN' skali..
Wassalam.

Saturday, March 12, 2011

Kesilapan-Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak...


Mari sm2 kiter jdkn ini sbg pnduan n pgajaran dlm mdidik ank2 kiter ok...  
anak-anak, iluvislam.com
Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.
Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.
Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.
Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba apabila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.
Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.
Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.
Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.
Mendidik Tanpa Belas Ihsan
Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.
Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku denganperlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapandan ada yang membunuh diri.
Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.
Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.
Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah.
Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'.
Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.
Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah SWT. 

Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)


Sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." - Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi
Terlalu Memanjakan Anak-Anak
Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak.
Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.
Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.
Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang.
Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak.
Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.
Kesimpulan
Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul.
Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga.
Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.

p/s~zaman skrg begitu mcabar utk mdidik seorg ank...usaha, doa dan tawakal agar kiter sumer dpt mdidik ank kiter dgn bgitu jayanya...insyaAllah..Amin.... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...